Wednesday, 21 September 2016

Filled Under:
,

LETIH!! PERKONGSIAN KISAH WANITA MELAKUKAN SEKS DENGAN HANTU!!!!


Hari ini PG akan kongsikan kisah kawan PG. Beliau pernah cerita bahawa beliau pernah melakukan seks dengan hantu raya. Pada suatu hari beliau dijemput oleh seorang lelaki yang meminta beliau tolong ikhtiarkan saudara perempuannya yang murung, tidak berselera makan, kurus kering dan pucat tidak bermaya. Katanya dia amat susah hati melihatkan keadaan saudaranya itu. Keadaan saudara perempuannya itu berubah setelah suaminya meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Apabila ditanya oleh sahabat PG, orang itu hanya mengelengkan kepala kerana dia tidak pernah diberitahu oleh saudara perempuannya itu walau pun ditanya.

Pada malam hari berikutnya, sahabat PG tadi pun pergilah ke kampung orang yang mengundangnya itu. Selepas solat Isyak di Masjid kampung itu, sahabat PG itu pergilah kerumah yang mengundang setelah dijemput dari Masjid. Setibanya dirumah itu, dia merasakan ada sesuatu yang menghalang dia dari melangkah ke dalam rumah. Dia keraskan hati masuk juga ke dalam rumah saudara perempuan kepada orang yang menjemputnya itu.

Secara tiba-tiba perempuan itu mengamuk dan menyerangnya sambil bertempik menyuruh sahabat PG itu pulang, jangan ganggunya. Kekuatannya luar biasa, matanya bertukar menjadi merah saga merenungnya dengan geram dan garang. Dengan keadaan ini sahabat PG sudah tahu yang dia berhadapan dengan Syaitan di dalam bentuk Hantu Raya. Sahabat PG memohon untuk mendirikan solat sunat hajat memohon petunjuk untuk berhadapan dengan makhluk ini dan seterusnya menghalau Hantu Raya ini dari rumah dan melepaskan penguasaannya ke atas batang tubuh perempuan itu.

Selepas solat, sahabat PG tadi berhadapan semula dengan perempuan yang dirasuk itu dengan zikir yang dimantapkan. Setelah dihembuskan dengan ayat-ayat Alqur'an, perempuan itu pulih menjadi normal dan boleh bercakap. Di dalam soal jawab itu, perempuan itu menyatakan setiap waktu suaminya ada bersama dan sering melakukan persetubuhan tidak kira masa. Malam atau siang dengan tenaga yang amat luar biasa. Bila ditanya tidakkah dia sedar yang suaminya sudah meninggal dunia? Dia menjawab yang tahu tetapi oleh kerana suaminya pulang dan ada bersamanya, maka dia menerimanya dengan senang hati (mungkin dia sudah dirasuk).

Pada awalnya dia cukup selesa dan gembira kerana semasa persetubuhan 'suaminya' itu dapat lakukan dengan tenaga yang belum pernah dirasainya. Dia cukup puas. Tetapi setelah sekian lama dia merasa lemah dan sudah tidak bertenaga melayan 'suaminya' dan cuba menolak. Walau pun dia tolak, dia dipaksa juga melakukannya. Dia tidak berupaya untuk melawan. Jadi terpaksalah serahkan saja mengikut kehendak 'suaminya'. Kerana terlalu lasak sehinggakan lubang anunya tidak tertutup sebagaimana biasa. Cukup seksa sehinggakan kadang-kadang air kencing meleleh tidak disedari. Seolah hilang deria rasa di tempat itu.

Setelah tiga malam sahabat PG berikhtiar, Hantu Raya itu berjaya dihalau ke hutan. Sahabat PG mengugut Hantu Raya itu, kalau tidak mahu lari ke hutan dia akan membunuhnya! Oleh kerana ketakutan Hantu Raya itu melarikan diri ke hutan sebagaimana di arah. Setelah dipulihkan dengan doa dan air solat hajat, wanita itu semakin pulih dan tak lama selepas itu sihat kembali. Hantu Raya itu adalah belaan/dampingan arwah suami wanita itu untuk melakukan kerja-kerja berat di ladang dan sawahnya. Di samping itu juga suaminya menggunakan juga Hantu Raya itu untuk berdukun. Perkara ini diceritakan oleh saudara kepada wanita itu setelah wanita itu pulih. Selang beberapa bulan selepas itu wanita itu bernikah lagi dengan lelaki sekampungnya dan mereka tidak diganggu lagi.




0 comments:

Post a Comment