Friday, 19 August 2016

Filled Under:

PANAS!!!! ALLY JELASKAN PUNCA PENCERAIAN BELIAU DENGAN ISTERI!!!!


Ally Iskandar, 40, hari ini mengakui telah menjatuhkan talak 1 ke atas isterinya Nurfarahin Romli (Farah Lee), 27, sekali gus menjawab spekulasi perceraian pasangan itu.


 Menerusi laman Facebook peribadinya, Ally juga memohon maaf kepada pihak media kerana tidak memberi respons secara terus mengenai khabar angin tersebut ketika dihubungi semalam.




“Kenyataan rasmi ini saya berikan sebagai jawapan kepada pertanyaan pihak media dan spekulasi yang berlegar di media sosial tentang situasi rumah tangga saya dengan Nurfarahin. Terlebih dahulu saya ingin memohon beribu kemaafan kerana tidak memberi respon secara terus kepada semua yang telah menghubungi saya, dengan harapan tindakan saya ini dianggap sebagai keperluan untuk menenangkan keadaan,” jelas Ally.



Menurut status di laman sosial milik Ally, permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984 telah difailkan dengan persetujuan Nurfarahin.

 Pada 17 Ogos yang lalu, Ally mengesahkan lafaz cerai telah dijatuhkan ke atas Nurfarahin di hadapan Hakim Syarie Azzeman Omar.




"Alhamdulillah, urusan ini disempurnakan dalam keadaan lancar. 
Biarpun tiada lagi ikatan perkahwinan, hubungan saya dan keluarga Nurfarahin serta ahli keluarganya tetap baik. Terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat tentang situasi ini. Saya pohon agar semua orang dapat mendoakan yang terbaik untuk kami,” 
ujar Ally lagi.

Untuk makluman pembaca, 

Ally dan Farahin bernikah pada 20/01/2012 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Maream Esabel, 2 tahun.






0 comments:

Post a Comment