Thursday, 5 January 2017

Lee Min Hoo dan Fatta Amin Dilantik Duta Oppo


Pasti kaum wanita terutama remaja mengenali lelaki kacak dari Boys Over Flower , Lee Min Ho ini yang membintangi drama terbaru lakonan beliau Legend Of the Blue Sea.

Kini menjadi bual mulut gadis gadis, Lee Min Ho kini secara rasminya sudah menjadi duta untuk OPPO Malaysia. Tahniah admin ucapkan kepada beliau.

OPPO Malaysia juga telah melantik seorang lagi lelaki kacak dari Malaysia.

Pelakon popular Fattah Amin juga secara rasminya sudah dilantik menjadi duta untuk OPPO Malaysia.

Fattah Amin yang  popular dengan drama Suri Hati Mr.Pilot bersama gadis jelita, Neelofa ini boleh membuatkan hati gadis gadis cair bila melihat senyuman hotnya.


Thursday, 20 October 2016

TERSIRAT! KULIT ALBUM TERBARU FAIZAL TAHIR MENYIMPAN MAKSUD MENDALAM


Faizal Tahir (penyanyi) menerusi laman Facebook dan Instagramnya memuat naik cover foto untuk album terbaharunya berjudul Anatomi Faizal Tahir. Penyanyi berusia 38 tahun itu yang aktif dalam misi kemanusiaan sejak akhir-akhir ini turut menyelitkan elemen tersebut menerusi cover foto album terbaharunya. Banyak mesej tersirat yang cuba disampaikan dan dizahirkan menerusi cover album tersebut antaranya slogan yang berbunyi ‘You’ll Never Walk Alone’.

Cover album baharu itu menyerlahkan lagi sisi matang penyanyi ini malah kelihatan unik dan berbeza dengan albumnya yang sebelum ini atau mana-mana album artis tempatan. Walaupun baru sahaja dikongsi beberapa jam, cover tersebut mendapat reaksi positif daripada peminatnya apabila telah menerima hampir 3 ribu likes sejak dimuat naik.

Selain reaksi positif, segelintir daripada peminatnya turut mengingatkan penyanyi pujaan mereka ini supaya berhati-hati dalam berkarya agar mesej yang cuba disampaikan tidak disalahertikan oleh sesetengah pihak. Seorang individu bernama YES (Yayasan Ego Singalaut) berkata: “Gua tunggu abam Neil Armsteel kata ni Illuminati Freemason je.”

Manakala Amar Amiroo pula menulis “I always want to pose like this, tapi takut kena kecam. Respect u brader, nice one!! Teringat filem Da Vinci Code. Baru macam level artis antarabangsa! Kipidap FT!,” tulis Bahrom Mohd. Isa.

Terdapat 10 lagu di dalam album tersebut. Antaranya adalah Suriram, Sejati, Bukan Yang Pertama dan beberapa lagu lain. Malah ia turut menampilkan kolaborasi Faizal bersama Datuk Siti Nurhaliza, Joe Flizzow, SonaOne dan Altimet.


HATI-HATI!! SENARAI 6 LEBUHRAYA PALING MISTERI DI MALAYSIA!!


Lebuhraya di Malaysia terkenal dengan pelbagai kisah misteri dan seram, terutamanya lebuhraya penghubung utara - selatan. Bagi yang sudah biasa melalui lebuhraya Plus ini, sudah pasti mempunyai pengalaman yang menyeramkan, dan berkongsi cerita tersebut kepada rakan atau saudara-mara, sehinggakan kadang-kadang ceritanya hanya sedikit, tetapi menjadi "boom!" apabila sudah sampai kepada pendengar ke-sepuluh. Biar apa pun kisahnya, yang kita tahu, memang ada golongan dan peminat yang suka mengetahui dan membaca kisah seram ini. Jadi, saya sediakan senarai lebuhraya berhantu paling popular di Malaysia untuk kamu semua, bertenang, dan bersandar pada kerusi kamu.

[1] Lebuhraya Pedas/Linggi - Simpang Ampat [Plus]

Lebuhraya yang di katakan misteri ini adalah bermula dari persimpangan susur keluar Pedas/Linggi hingga ke persimpangan susur keluar Simpang Ampat, Melaka. Terdapat beberapa kes yang dilaporkan mangsa mengenai kejadian terserempak dengan makhluk halus atau lembaga yang melintas di lebuhraya ini, atau lelaki tua yang berbasikal, dan kebanyakkan kisahnya berlaku di sekitar waktu 1 - 4 pagi.

Antara kisah mangsa yang pernah mengalami pengalaman seram di lebuhraya ini adalah, seorang lelaki yang membuat perjalanan dari Melaka ke Bangi, dengan menaiki motosikal, beliau meredah malam melalui lebuhraya tersebut pada sekitar jam 2 pagi. Kira-kira di KM 230, terdapat sebuah kereta Iswara Sedan putih di hadapannya yang bergerak begitu perlahan. Dengan perasaan sedikit gementar, beliau memotong kenderaan di hadapannya dan terbau sesuatu yang begitu busuk. Ketika memotong Iswara putih itu, beliau sempat menjeling ke arah kereta tersebut dan apa yang dilihatnya, adalah sebuah kereta yang telah remuk teruk [total loss] bergerak tanpa pemandu.


[2] Lebuhraya Butterworth - Kulim , KM 20.6 [BKE]


Apabila kerap berlaku kemalangan maut di tempat yang sama maka akan tersebar cerita seram dan misteri di lebuhraya di KM 20.6 ini yang menyediakan laluan ekspres Butterworth - Kulim. Adakah ianya adalah di sebabkan oleh kecuaian pemandu dan penunggang motosikal itu sendiri, atau pun sememangnya tempat itu berpuaka? Ramai saksi [mangsa kemalangan] tampil membuat laporan polis turut menyatakan mereka turut melihat samada makhluk berupa manusia separuh badan atau manusia tanpa kepala melintas di hadapan.

Menurut seorang pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad, kemalangan maut yang melibatkan motosikal adalah kerana kaki mereka atau motosikal mereka telah ditarik oleh makhluk halus separuh badan itu. Beliau turut menyatakan bahawa kawasan tersebut adalah merupakan hutan tebal sebelum di jadikan lebuhraya, maka tidak hairanlah 'mereka' ini mengganggu kerana tempat tinggal mereka telah diceroboh.

[3] Lebuhraya Kuantan - Gambang [Plus]

Kisah seram di lebuhraya ini adalah yang paling seram kerana selain daripada pengalaman mangsa, seorang penunda kereta, Abdul Mubin Mohamad, yang berada di lokasi kemalangan berjaya merakam imej hantu secara tidak sengaja pada tahun 2011. Beliau mendakwa dan yakin ketika gambar diambil, tiada sesiapa yang berada di hadapannya, dan tempat mereka berdiri pula adalah kawasan semak serta berhampiran dengan hutan, selain keadaan yang gelap gelita. Apa yang lebih mengejutkannya adalah terdapat tiga entiti yang seakan sedang memandangnya, dua berpakaian merah dan seorang memakai blouse putih, tetapi wajah mereka yang sukar untuk dilihat di dalam gambar tersebut meyakinkannya lagi bahawa entiti tersebut bukanlah manusia.

[4] Lebuhraya Gurun [Plus]

Pada 13 Mei 2009, seorang guru bahasa Arab, Mohd Fitri Mohamad dan keluarga, telah mengalami satu pengalaman seram ketika dalam  perjalanan pulang dari bercuti di Cameron Highland dan Kuala Lumpur. Beliau yang bersama isterinya berasa hairan apabila anak saudaranya yang berumur 2 tahun, secara tiba-tiba menangis dan tidak mahu berhenti walaupun dipujuk isterinya, selepas memasuki kawasan Gurun di Lebuhraya Plus. Kereta yang dipandunya juga terasa amat berat seakan 10 orang di dalamnya.

Mereka berhenti di hentian R&R Gurun untuk berehat sekejap, dan sempat mengambil beberapa keping isterinya sebagai kenangan, tetapi terdapat seorang wanita misteri berbaju kebaya merah turut "menumpang" di dalam gambar tersebut. Entiti berkenaan dikatakan sering mengganggu pengguna lebuhraya di situ, dan terdapat saksi dan mangsa kemalangan melaporkan mereka terbabas kerana mengelak "wanita kebaya merah" yang melintas di lebuhraya tersebut.

[5] Lebuhraya Karak [MTD]

Lebuhraya yang menghubungkan Kuala Lumpur ke bandar Karak, Pahang, merupakan antara lebuhraya yang popular dengan cerita menakutkan. Dibuka pada tahun 1977, lebuhraya ini sudah menyaksikan begitu banyak kemalangan maut, samada kerana kecuaian pemandu atau pun disebabkan diganggu dengan makhluk halus yang mengalih tumpuan pemanduan mereka.

Antara lebuhraya yang paling banyak versi hantunya, salah satu yang popular adalah kisah kereta Volkswagen berwarna kuning yang muncul secara tiba-tiba dihadapan kamu dengan pemanduan yang perlahan,  dan apabila kamu memintas Volkswagen tersebut, kereta misteri itu akan berada dihadapan kamu kembali. Tidak percaya? Cubalah jika kamu bertemu dengan Volkswagen Kuning tersebut di lebuhraya Karak!

[6] Lebuhraya Tangkak - Muar [Plus]

Pada tahun 2012, sebuah persatuan bangsa Cina di daerah Tangkak/Muar telah mendapat kebenaran dari pihak berwajib untuk menutup laluan lebuhraya di kedua-dua arah bagi menjalankan satu ritual "membersihkan" kawasan tersebut dari gangguan mahklus halus dari terus mengganggu pengguna lebuhraya terbabit, dan beberapa wartawan dari syarikat penerbitan tempatan juga turut dijemput bagi melaporkan "peristiwa" berkenaan. Dengan kerjasama dari pihak Polis, mereka mula menutup laluan terbabit pada jam 11 malam, bersesuaian dengan masa untuk hantu bergerak secara aktif dan akan memudahkan "kerja-kerja" mereka. Ritual "pembersihan" itu turut melibatkan dua lagi bangsa pengamal perubatan, iaitu wakil dari Melayu dan India, masing-masing dikatakan mampu untuk berinteraksi dengan makhlus halus.

Menurut laporan seorang saksi yang turut berada di lokasi, segala perancangan mereka untuk menjadikan laluan tersebut "bebas" dari sebarang kekacauan jin dan hantu, tidak berjalan dengan sempurna, senang kata, tidak berjaya. Salah seorang anggota polis yang bertugas telah meninggal dunia, akibat dirasuk oleh makhluk halus terbabit, dan bomoh berbangsa Melayu yang membantu polis itu turut mati bersama. Sejurus kejadian tersebut, mereka semua memutuskan untuk beredar dari situ dengan secepat mungkin bagi mengelak dari kemungkinan perkara yang lebih buruk akan berlaku.


ZUL YAHYA BANYAK LUANGKAN MASA MENIMBA ILMU AGAMA!


Jika sebelum ini Zul Yahya (pelakon) lebih banyak menghabiskan masa dengan dunia seni, kini penghijrahan beliau mendekati agama telah menarik minat orang ramai selain turut diundang memberikan kuliah. Melalui video penuh yang dikongsikan oleh Facebook Audiokuliah, Zul berkongsi kisah sebelum dan selepas penghijrahannya dan ternyata perkara tersebut disambut baik oleh peminatnya. Malah para peminatnya turut mendoakan agar perubahan Zul ini akan terus kekal.

“Apa yang berlaku di sekeliling kita, apabila saya berubah, saya tahu dah – apa yang berlaku di sekeliling ketika ini adalah salah kita. Salah kita sebab kita tidak bersatu di dalam agama Allah, kita tidak bersatu tentang agama Allah SWT,” jelasnya.






Selain Zul, sebelum ini Saiful Apek juga menjelaskan bahawa dia turut diundang menjadi ahli panel bagi forum agama di masjid-masjid dan surau di sekitar Kuala Lumpur. Kebanyakan perkara yang disampaikan mereka adalah datangnya dari perkongsian hidup sebelum dan selepas mendalami agama Islam.


Wednesday, 19 October 2016

KUAT!! ZARA ZYA BUKTIKAN KEKUATAN SEORANG USAHAWAN!!!


Zara Zya (pelakon) mendedahkan dirinya menanggung kerugian sebanyak RM30,000 ketika mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

"Ketika di awal pembabitan saya dalam bidang perniagaan, saya pernah mengusahakan produk kecantikan jenama sendiri.Saya meminjam duit ibu saya. Namun begitu, segala apa yang dirancang tidak membuahkan hasil. Saya kerugian sebanyak RM30,000. Saya akui saya rasa sedih tetapi saya kuatkan semangat. Saya jadikan perkara itu sebagai pemangkin untuk saya terus maju dalam perniagaan.

"Saya mengambil pengajaran dan cuba menceburi bisnes lain pula. Ibu saya turut memandang perkara ini menerusi sudut yang baik dan terus menyokong perniagaan saya. Saya terus positif dan menganggap RM30,000 sebagai 'harga' untuk sebuah pengalaman dan menjadi pembelajaran berguna dalam mengusahakan perniagaan," kata Zara.

Mengusahakan tiga jenis bisnes iatu tudung jenama @zarazyabyzarazya, losyen pemutih dan bedak asas, perniagaan yang Zara jalankan kini mendapat maklumbalas positif.

"Alhamdulillah, selepas mengalami kerugian dan waktu sukar, saya meneruskan usaha. Saya menjalankan perniagaan yang dekat dengan hati saya. Semuanya berjalan lancar dan saya bersyukur kerana produk saya semakin mendapat tempat. Jika ada rezeki, saya merancang untuk meluaskan perniagaan dan membuka sebuah butik kafe," katanya ketika ditemui di sidang media Anugerah Skrin 2016 (ASK 2016) pada Rabu.

Telefilem lakonan Zara bersama Johan As'ari dan Saidi Sabri, Hujan Malam Itu tercalon dalam kategori Drama Terbaik.


TAHNIAH!! MIA AHMAD PUTUSKAN UNTUK BERKAHWIN DENGAN PENJAGA GOL JDT!!!


Mia Ahmad (pelakon) akhirnya mengesahkan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Mohd Izham Tarmizi Roslan, 25, ialah cinta hatinya dan sudah memikirkan hasrat berumah tangga. Mia atau Shamiha Ahmad Baderi, 28, berkata, buat masa ini masih belum ada tarikh bagi tujuan berkenaan.

"Alhamdulillah kami sudah berkenalan selama setahun dan jujurnya saya selesa bersama Izham. Insya-Allah jika ada jodoh kami akan berkahwin tetapi bukan dalam waktu terdekat memandangkan jadual Izham yang padat," katanya kepada mStar Online.

Mia ditemui pada majlis memperkenalkan hos Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) di sini, Rabu. Dalam pada itu, Mia berkata, hubungan tersebut mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak. Mia yang pernah popular menerusi drama bersiri Hati Perempuan sebelum ini dikaitkan dengan penjaga gol JDT itu selepas tersebar gambar sambutan hari jadinya yang dianjurkan oleh Izham di sebuah kafe.


Tuesday, 18 October 2016

PENIPU!! FAYE KUSAIRI BERTINDAK KURANG BIJAK MAKI HAMUN MEDIA!!!


Umum mengetahui semalam, Azmi Hatta telah mengadakan satu sidang media “tergempar” dan di saat akhir di Taman Tasik Titiwangsa, kerana ingin mendedahkan punca beliau dan Elly Mazlein bercerai. Dalam kenyataan Azmi, beliau akui sifat cemburu buta Elly menyebabkan beliau ditumbuk dan diterajang oleh bekas isterinya itu.

Apabila orang ramai membaca kenyataan Azmi, mereka mempersoalkan bagaimanakah seseorang wanita yang pada waktu itu sedang hamil boleh teruk mencederakan seorang lelaki yang  kudratnya lebih kuat. Mengapakah Azmi tidak menghalang perbuatan Elly? Tidak berpuas hati dengan penulisan daripada wartawan dan ingin membela Azmi, pelakon Faye Kusairi pula telah memuat naik pelbagai status di Twitternya.

Namun, antara yang menarik perhatian ramai dan mencetuskan kemarahan netizen ialah Faye sanggup mempertikaikan kredibiliti wartawan dan menggelar mereka bodoh. Ada yang berpendapat untuk apa Faye terus lantang bersuara dan mempertahankan sesuatu yang belum tentu lagi di masa hadapan.



Ada juga yang menyifatkan menggelar wartawan bodoh itu adalah satu kata-kata yang tidak patut Faye keluarkan kerana kerjaya lakonan beliau juga bergantung kepada wartawan. Wartawan mampu menaikkan ataupun menjatuhkan populariti seseorang artis itu. Hmmph, bagaikan tiada kesudahan episod antara Azmi, Elly dan Faye. Bagi kami senang sahaja,  baik Elly mahupun Faye berhentilah untuk mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun apa sahaja status menerusi media sosial.  Maaf, janganlah tunjuk yang anda berdua tidak matang dan bergaduh hanya kerana seorang lelaki.